Pada 22 Jun 1527, Pelabuhan ini dinamakan Sunda Kalapa jatuh kepada tentera Demak di bawah Fatahillah, Panglima Perang Gujarat, India, dan namanya digantikan menjadi Jayakarta. Selepas Fatahillah berjaya mengalahkan dan mengislamkan Banten, Jayakarta dikuasai oleh Banten yang kini telah menjadi sebuah kesultanan. Orang Sunda yang mempertahankan Jayakarta dikalahkan dan mundur ke arah Bogor. Sejak dari masa itu dan selama beberapa dekad dalam abad ke-16, Jayakarta dihuni oleh orang Banten yang terdiri daripada orang yang berasal dari Demak dan Cirebon.