Ilmu Qiraat berasal daripada perkataan Bahasa Arab bersifat jamak (plural) bermaksud bacaan
Ialah satu ilmu tentang cara melafazkan kalimat-kalimat Al-Quran serta pelaksanaannya dengan menisbahkan setiap bacaan kepada seorang Imam Ilmu Qiraat .
Tujuan Utama
Menekuni kalimat-kalimat Quraniyyah dari segi cara pelaksanaannya seperti panjang atau pendek hukum tajwid ,hukum izhar dan idghom.
Faedahnya
Memelihara dan menyelamatkan seseorang daripada kesalahan dalam bacaan Al-Quran al Karim serta mengetahui setiap bacaan para Imam Qurra dan mampu membezakan setiap bacaan mereka.
Kelebihan Ilmu Qiraat :
Termasuk dalam sebaik-baik ilmu untuk dipelajari kerana berkait rapat dengan Kalam Illahi.Kemuliaan ilmu ini adalah kerana mulianya Al-Quran.
Al-Qiraat memberi maksud satu ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan keadaan kalimah-kalimah tersebut seperti panjang dan sebagainya. Ilmu al-Qiraat diasas oleh Imam-Imam Qurra’. Terdapat juga pendapat yang mengatakan ianya diasakan oleh Abu Umar Hafs bin Umar Al-Duri. ILMU Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan al-Quran dan hukul mempelajari ilmu al-Qiraat adalah fardhu kifayah. Proses pengajaran dan pembelajaran ilmu al-Qiraat ini mestilah diambil secara bertalaqqi dan musyafahah daripada seorang guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. kerana Al-Quran dan al-Qiraat merupakan sunnah Muttaba’ ( yang diikuti ).
Terdapat dua toriq(jalan) yang menjadi panduan utama dalam disiplin ilmu al-Qiraat ini iaitu Toriq al-Syatibi( al-Qiraat Tujuh ) melalui matan حرز الأمانى ووجه التهانى dan Toriq al-Jazari( al-Qirrat sepuluh ) melalui matan طيبة النشر فىالقرءات العشر . Toriq al-Syatibi dinamakan dengan الصغرى kerana periwayatan beliau terhadap turuq Qiraat adalah kecil dan sedikit, bermaksud ia tidak menyeluruh dan mendalam terhadap kesemua turuq Qiraat. Sementara toriq al-Jazari pula dinamakan dengan الكبرى kerana periwayatan beliau terhadap Turuq Qiraat adalah menyeluruh dan mencakupi semua Turuq, walaupun terdapat perbezaan diantara kedua-dua Toriq tersebut dari susur periwayatan Turuq masing-masing. Namun kedua-dua Toriq ini adalah betul dan sohih.(ruj: Abd. Jalal A.Manaf:DQ)
Pembagian Qiraat
Pembahagian Qiraat itu terbahagi kepad beberapa bahagian besar. Imam Ibnu al-Jazari mengkategorikan Qiraat itu kepada lima jenis :
1. Qiraat Mutawatir
Ia itu Qiraat yang diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan terselamat dari berlaku sebarang pendustaan, seperti Qiraat yang terdapat dalam Toriq al-Syatibi dan Toriq al-Jazari.
2. Qiraat Masyhur
iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak mencapai tahap mutawatir. Menepati kaedah Bahasa Arab dan membetuli salah satu Mushaf Uthmani, masyhur di kalangan Imam Qurra’ tetapi berlawanan jalan riwayatnya dengan Imam Tujuh dan ada setengahnya tidak.
3. Qiraat Aahad
Iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi menyalahi kaedah Bahasa Arab atau bacaannya tidak masyhur di kalangan Imam Qurra’.
4. Qiraat Syazah
Iaitu Qiraat yang tiada sanadnya.
5. Qiraat Maudhu’
Iaitu Qiraat yang yang direka-reka yang bukan diambil dari Rasulullah s.a.w.
Qiraat Aahad, Qiraat Syaazah dan Qiraat Maudhu’ tidak boleh dibaca kerana ianya bukan dinamakan al-Quran walaupun sanadnya sahih seperti sanad Aahad, tetapi qiraat tersebut tidak terdapat dalam Rasm ‘Uthman
Pengertian Ilmu Qiraat