habib321123
Syeikh Hamzah Al-Fansuri adalah seorang ulama dan pujangga besar Melayu. Beliaulah penyair Melayu pertama yang menggubah syair-syair bersifat agama. Hamzah Al-Fansuri dipercayai/diyakini lahir pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Panchor disebut Fansur dalam bahasa Arab. Pada tahun 1726, Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie (Hindia Timur Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang penyair yang dilahirkan di Fansur. Ia menghabiskan banyak waktunya dan menetap di Aceh.
Karya-karya Hamzah Fansuri telah dikaji oleh para sarjana Timur dan Barat yaitu Kraemaer, Doorenbos, Al-Attas, Teeuw, Brakel, Sweeney, Braginsky dan Abdul Hadi. Kajian al-Attas yang merupakan analisis semantik dianggap sebagai kajian yang paling menyeluruh dan hebat terhadap pegangan mistisisme Hamzah Fansuri.
Pada masa yang sama, kajian mereka ini telah memberikan penjelasan yang amat penting mengenai sumbangan Hamzah Al-Fansuri terhadap sastera Melayu. Pemikiran dan pegangan Hamzah Al-Fansuri terpancar dalam karya-karya beliau meliputi karya prosa dan puisi. Hamzah Al-Fansuri adalah pengembang tarekat Wujudiyah. Gambaran tentang ajaran Wujudiyah ini dapat dikutip dari karangan beliau Asrar al-Arifin dan Sharab al-Asyikin. Pemahaman ini beranggapan bahawa segala makhluk itu pada asasnya esa, kerana wujud daripada zat Allah.
Dalam hujahnya menerusi kitab-kitab ini, terkesan bahawa Syeikh Hamzah Al-Fansuri terpengaruh dengan faham Ibn Arabi, ahli tasawuf yang masyhur pada akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13. Selain itu, Hamzah turut menyisipkan dalam karangannya kutipan-kutipan ahli tasawuf Parsi seperti al-Junaid, Mansor Hallaj, Jalaluddin Rumi, Abi Yazid Bistami, dan Shamsu Tabriz.
Karangan-karangan prosa Syeikh Hamzah Al-Fansui yang terkenal adalah Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana), Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi) dan Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan). Syair-syair beliau pula ialah Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang dan Syair Perahu.
Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa orang harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk mencari Tuhan. Syair-syair Hamzah sarat dengan estetika, ilmu dan falsafah diolah berdasarkan pengaruh pantun menampakkan bahawa Hamzah menguasai puisi Parsi bersifat tasawuf dan memupuk rasa cinta akan Allah. Hamzahlah penyajak Melayu pertama yang menggunakan syair dalam tulisan agama.