Jasa ibu bapa membesarkan kita, Jasa guru mendidik manusia; Hendaklah kita hormat mereka, Pastikan hidup kita bahagia.
Dengarkan kalian guru berperi, Kepada pelajar yang muda bestari; Nasihat dan ilmu yang diberi, Jadikan amalan jangan diiri.
Dengarkan pelajar jaga dan hemat, Tidaklah dapat murka alamat; Sekalian guru hendaklah dihormat, Seluruh badan akan selamat.
Ajaran guru harus diingat, Walaupun ilmu hanya sekerat; Ilmunya bernas lagi berkat, Sudah termaktub dalam syariat.
Marah guru tandanya kasih, Jangan berkeluh jangan ditegah; Itu tandanya guru pengasih, Agar pelajar mengusung hemah.
Segala perangai lemah lembutkan, Kepada saudara dan handai taulan; Kepada guru tentu lebihkan, Ilmunya berkat dilupa jangan.
Guru umpama sebatang lilin, Membakar diri sebagai pengorbanan; Memberi ilmu tanpa sempadan; Kelak lahirlah generasi berwawasan.
Setakat ini guru bermadah, Segala ajaran jadikan wadah; Menghadapi hidup tanpa musibah, Hidupmu kelak dirahmati Allah.
carikanlah amanat dan tema !
Septyttyan
Amanat: guru telah mengajarkan kita ilmu dengan penuh pengorbanan,lemah lembut,dan penuh kasih sayang. guru juga yang telah mendidik kita sehingga kita menjadi pintar. jadi jangan pernah membuat guru murka apalagi sampai durhaka kepada guru..... temanya saya gk tau
temanya saya gk tau