alestari878
Accordion Accordion alat muzik berbentuk kotak daripada keluarga bellow-driven free-reed aerophone kadang kala di rujuk sebagai squeezebox (kotak picit). Bunyi accordion datang dari udara yang dimampat & dikembang mengguna bellow semasa butang atau key ditekan menyebabkan udara bergerak & menggetarkan strip besi (reed) mengeluarkan bunyi dari dalam badan alat muzik itu. Prinsip nya sama seperti alat & nama purba harmonikos --harmonika Greek bermaksud music. Accordion, alat muzik biasa diguna dalam muzik folk (rakyat) & tradisional Eropah & seluruh dunia. Ia juga tergolong dalam keluarga Sheng & Khaen di china & Indochina (Asia timur). (menyerupai sompoton juga seruling dayak). Bentuk asal accordion dicipta di Berlin 1822 oleh Christian Friedrich Ludwig Buschmann, Pada abad ke 19 accordion mula sampai ke India menjadi alat muzik harmonium India & asia tenggara dibawa orang Eropah & perlahan-lahan meresap masuk kedalam permainan muzik tradisi tempatan. seperti joget, zapin & dondang sayang.