aqilahzahrakh
Masa remaja adalah masa dimana kita beranjak menuju dewasa pemula. disitulah saatnya kita untuk mengendalikan emosi kita. karena, dimasa remaja inilah kita susah untuk mengendalikan emosi kita terutama keinginan kita. disaat remaja, pernahkah kalian merasakan suka terhadap lain jenis? ya, artinya disinilah masa puber kita. kita akan menjadi nakal, susah diatur, bahkan kadang sering membantah. terkadang ketika kita remaja, kita lupa akan kewajiban kita sendiri. misalnya, sholat dan ibadah. jika diingatkan oleh orangtua, sering kali kita membantah. oleh karena itu, masa remaja adalah masa pergaulan bebas. janganlah kita mudah terjerat oleh dampak negatifnya. jadikan masa remajamu lebib bermakna untuk masa depan yang lebih cemerlang!
sekian
0 votes Thanks 4
vinaangelina26
Sunday, 18 August 2013 KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA BERPUNCA DARIPADA KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA Menuju tahun 2020,masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sangat membimbangkan dan seperti tiada penghujungnya. Jika kita lihat senario pada hari ini, ramai dalam kalangan remaja kita terlibat dengan gejala sosial seperti meragut, mencuri dan sebagainya. Namun demikian apakah puncanya? Hal ini disebabkan oleh kegagalan institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak sepatutnya bekerjasama dalam mempertahankan kebahagiaan institusi kekeluargaan masing-masing. Ibu bapa seharusnya melindungi dan mendidik anak supaya mereka tidak tersalah arah dan terlibat dengan gejala sosial.
Kegagalan institusi kekeluargaan berpunca daripada kekurangan ilmu tentang hidup berkeluarga dan pelbagai ilmu dalam perkahwinan. Masyarakat kini ramai yang berkahwin dalam usia muda kerana terlalu mengikutkan perasaan dan hawa nafsu. Mereka sepatutnya mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu supaya setiap perkara yang terjadi dalam rumah tangga mereka dapat diselesaikan secara baik dan berdiplomasi. Jika mereka tiada ilmu atau kurang ilmu, setiap perselisihan faham yang berlaku akan menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh dan akibatnya berlakulah penceraian. Hal ini menyebabkan anak-anak mereka yang akan terkena tempias atas kekhilafan diri mereka sendiri, seperti kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Anak-anak yang tertekan denagn masalah penceraian tersebut akan mencari kebahagiaan yang mereka inginkan dengan cara tersendiri seperti melarikan diri mengikut teman lelaki atau sesiapa sahaja yang boleh memberikan kebahagiaan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa kekurangan ilmu dalam institusi kekeluargaan boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak.
Seterusnya, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kesibukan ibu bapa yang asyik mengejar kemewahan duniawi tanpa menghiraukan tentang anak-anak. Hal ini sering terjadi dalam dunia yang sedang membangun ini. Ibu bapa berpendapat bahawa jika mereka menyediakan segala kemahuan anak-anak mereka, mereka sudah memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Namun demikian, anak-anak merupakan insan yang perlu dididik dengan betul supaya mereka jadi insan yang berguna. Jika ibu bapa terlalu mengikut permintaan anak-anak mereka tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak ini akan bersikap kurang ajar dan menyalahkan ibu bapa mereka atas kekurangan perhatian dan kasih sayang yang diberikan. Anak –anak ini juga akan menggunakan segala kemewahan yang diperoleh untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dan merosakkan diri seperti menghisap dadah. Anak anak ini ibarat kain putih, dan sebagai ibu bapa mereka bertanggungjawab untuk mencorakkan peribadi diri anak mereka. Ibu bapa harus sedar bahawa tiada yang lebih berharga dari anak anak mereka sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa kesibukan mereka akan menimbulkan lebih banyak masalah keruntuhan akhlak dalam diri remaja.
disaat remaja, pernahkah kalian merasakan suka terhadap lain jenis? ya, artinya disinilah masa puber kita. kita akan menjadi nakal, susah diatur, bahkan kadang sering membantah.
terkadang ketika kita remaja, kita lupa akan kewajiban kita sendiri. misalnya, sholat dan ibadah. jika diingatkan oleh orangtua, sering kali kita membantah.
oleh karena itu, masa remaja adalah masa pergaulan bebas. janganlah kita mudah terjerat oleh dampak negatifnya. jadikan masa remajamu lebib bermakna untuk masa depan yang lebih cemerlang!
sekian
KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA BERPUNCA DARIPADA KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA
Menuju tahun 2020,masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sangat membimbangkan dan seperti tiada penghujungnya. Jika kita lihat senario pada hari ini, ramai dalam kalangan remaja kita terlibat dengan gejala sosial seperti meragut, mencuri dan sebagainya. Namun demikian apakah puncanya? Hal ini disebabkan oleh kegagalan institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak sepatutnya bekerjasama dalam mempertahankan kebahagiaan institusi kekeluargaan masing-masing. Ibu bapa seharusnya melindungi dan mendidik anak supaya mereka tidak tersalah arah dan terlibat dengan gejala sosial.