shalshabiella
Zuhrah melintasi matahari, sekali seumur hidup
Pernahkah anda saksikan perbandingan saiz Bumi dengan Matahari secara langsung dalam keadaan sebenar? Biasanya perbandingan ini kita lihat dibuat secara grafik atau animasi di dalam buku atau komputer. Hal ini jarang berlaku atau mungkin tidak pernah berlaku dalam hidup seseorang. Tahun ini kita berpeluang menyaksikannya. Bagi mengelakkan sidang pembaca terlepas menyaksikan peristiwa ini, rencana mengenainya disiarkan lebih awal. Tanggal 5 Jun, planet Zuhrah akan melintasi di hadapan Matahari. Fenomena ini dinamakan transit Zuhrah. Zuhrah planet kedua dalam sistem suria, mengorbit Matahari dalam tempoh 584 hari. Dalam tempoh tersebut ia akan berada di antara Matahari dan Bumi, keadaan ini dinamakan ijtimak dalam (inferior conjunction).Transit Zuhrah berlaku apabila planet ini berada tepat diantara Matahari dan Bumi. Zuhrah beredar dan akan kembali ke kedudukan yang sama di langit pada tarikh yang hampir sama dalam satu tempoh kitaran. Tempoh satu kitaran adalah lapan tahun. Dalam tempoh tersebut ia akan berada di antara Bumi dan Matahari sebanyak 5 kali. Jika dalam tempoh ini transit berlaku pada tahun pertama, pada tahun ke lapan akan berlaku transit berikutnya. Tetapi transit tidak berlaku setiap kitaran lapan tahun. Ini disebabkan satah orbit Zuhrah tidak selari dengan orbit Bumi tetapi condong 3.4 darjah berbanding satah orbit Bumi. Jika satah orbit Zuhrah selari dengan satah orbit Bumi, kita berpeluang melihat transit Zuhrah setiap kali ijtimak dalaman. Transit ini berlaku sekali dari 46 kali ijtimak dalaman atau 13 atau 14 kali dalam seribu tahun. Transit sebelum ini telah berlaku pada 8 Jun 2004 dan transit berikut adalah lapan tahun kemudian pada 5 Jun 2012. Transit seterusnya akan berlaku pada 105 tahun akan datang pada 11 Disember 2117. Jika anda terlepas peluang melihat fenomena transit kali ini, anda perlu menunggu lagi 105 tahun akan datang jika panjang umur!
Pada tarikh 5 Jun 2012, Zuhrah berada tepat diantara Matahari dan Bumi. Secara relatif saiz Bumi dan Zuhrah hampir sama. Ini akan memberi gambaran perbandingan saiz Bumi dengan Matahari. Pada tarikh tersebut kita akan dapat melihat Zuhrah melintasi di hadapan Matahari. Dengan menggunakan binokular atau teleskop yang dilapisi dengan penapis suria, kita akan melihat satu titik hitam yang kecil bergerak melintasi permukaan Matahari. Hal ini sangat menarik kerana fenomena ini jarang berlaku. Dari cerapan anda dapat bayangkan dan menghayati betapa kecil saiz Bumi berbanding dengan Matahari yang diciptakan oleh Yang Maha Pencipta.
Pernahkah anda saksikan perbandingan saiz Bumi dengan Matahari secara langsung dalam keadaan sebenar? Biasanya perbandingan ini kita lihat dibuat secara grafik atau animasi di dalam buku atau komputer.
Hal ini jarang berlaku atau mungkin tidak pernah berlaku dalam hidup seseorang. Tahun ini kita berpeluang menyaksikannya. Bagi mengelakkan sidang pembaca terlepas menyaksikan peristiwa ini, rencana mengenainya disiarkan lebih awal. Tanggal 5 Jun, planet Zuhrah akan melintasi di hadapan Matahari. Fenomena ini dinamakan transit Zuhrah. Zuhrah planet kedua dalam sistem suria, mengorbit Matahari dalam tempoh 584 hari. Dalam tempoh tersebut ia akan berada di antara Matahari dan Bumi, keadaan ini dinamakan ijtimak dalam (inferior conjunction).Transit Zuhrah berlaku apabila planet ini berada tepat diantara Matahari dan Bumi. Zuhrah beredar dan akan kembali ke kedudukan yang sama di langit pada tarikh yang hampir sama dalam satu tempoh kitaran. Tempoh satu kitaran adalah lapan tahun. Dalam tempoh tersebut ia akan berada di antara Bumi dan Matahari sebanyak 5 kali. Jika dalam tempoh ini transit berlaku pada tahun pertama, pada tahun ke lapan akan berlaku transit berikutnya. Tetapi transit tidak berlaku setiap kitaran lapan tahun. Ini disebabkan satah orbit Zuhrah tidak selari dengan orbit Bumi tetapi condong 3.4 darjah berbanding satah orbit Bumi. Jika satah orbit Zuhrah selari dengan satah orbit Bumi, kita berpeluang melihat transit Zuhrah setiap kali ijtimak dalaman. Transit ini berlaku sekali dari 46 kali ijtimak dalaman atau 13 atau 14 kali dalam seribu tahun. Transit sebelum ini telah berlaku pada 8 Jun 2004 dan transit berikut adalah lapan tahun kemudian pada 5 Jun 2012. Transit seterusnya akan berlaku pada 105 tahun akan datang pada 11 Disember 2117. Jika anda terlepas peluang melihat fenomena transit kali ini, anda perlu menunggu lagi 105 tahun akan datang jika panjang umur!
Pada tarikh 5 Jun 2012, Zuhrah berada tepat diantara Matahari dan Bumi. Secara relatif saiz Bumi dan Zuhrah hampir sama. Ini akan memberi gambaran perbandingan saiz Bumi dengan Matahari. Pada tarikh tersebut kita akan dapat melihat Zuhrah melintasi di hadapan Matahari. Dengan menggunakan binokular atau teleskop yang dilapisi dengan penapis suria, kita akan melihat satu titik hitam yang kecil bergerak melintasi permukaan Matahari. Hal ini sangat menarik kerana fenomena ini jarang berlaku. Dari cerapan anda dapat bayangkan dan menghayati betapa kecil saiz Bumi berbanding dengan Matahari yang diciptakan oleh Yang Maha Pencipta.
maaf kl salah