Apakah masalah sosial yg dihadapi negara malaysia di bidang pendidikan
maureensyafinaSistem persekolahan Pelbagai Aliran Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan system persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat, dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling kenalmengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim. Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran – seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil – telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar. Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu system sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan system sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka. Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.
Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan system persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.
Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat, dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling kenalmengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim. Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran – seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil – telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar.
Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu system sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan system sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.
Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.