Brylian00
Yaitu suatu iklim yang hanya terdapat di daerah khatulistiwa saja, semoga bermanfaat.
0 votes Thanks 2
fathia9333
Iklim khatulistiwa, juga dikenali sebagai iklim hutan hujan khatulistiwa, ialah sejenis iklimyang tidak mengalami musim kering, iaitu kesemua 12 bulan dalam setahun mencatat nilai kerpasan min sekurang-kurangnya 60 mm (2.36 inci). Iklim khatulistiwa tiada musim panas dan sejuk yang ketara, sebaliknya bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun dengan hujan lebat yang turun pada waktu petang hampir setiap hari. Panjang waktu siangnya hampir sama setiap hari, meskipun jurang perbezaan suhu purata antara siang dan malam jauh lebih ketara berbanding perbezaan suhu purata antara "musim panas" dan "musim sejuk".
Iklim khatulistiwa biasanya ditemui di garis lintang antara lima darjah di Utara dan Selatan dari khatulistiwa yang didominasi oleh Zon Pertemuan Antartropika. Namun demikian, di tempat lain wujudnya juga mikroiklim tropika, apatah lagi bukan semua tempat di sepanjang rantau khatulistiwa beriklim khatulistiwa (lihat juga zon kering khatulistiwa).
Ciri-ciri iklim:
Garis lintangnya berada dalam Jalur Tekanan Rendah Doldrum sepanjang tahun, maka tidak mengalami perubahan musim.
Matahari tengah hari sentiasa berhampiran dengan garis tegak dan mencapai kepanasan tertinggi dua kali setahun, iaitu pada waktu ekuinoks.
Suhu harian purata adalah 26 °C (79 °F) sepanjang tahun. Litupan awan yang berlebihan dan curahan hujan yang lebat menghalang kenaikan suhu melebihi 26°C.
Perubahan suhu harian adalah antara 2 °C (36 °F) dan 5 °C (41 °F), iaitu lebih besar daripada julat suhu tahunan iaitu 2°C.
Curahan hujan adalah lebat sekali dan selalunya bersifat perolakan.
Iklim khatulistiwa dilambangkan oleh Afmengikut sistem pengelasan iklim Köppen. Hutan hujan tropika merupakan tumbuh-tumbuhan semula jadi di rantau khatulistiwa.

semoga bermanfaat maaf kalau salah:-)