Hawari (singkatan daripada perkataan Al-Hawariyyun, Bahasa Arab: الحواريون) merujuk kepada beberapa orang sahabat Nabi Isa a.s. (kebanyakan sumber menyatakan 12 orang[1], namun ada pendapat lain) dari kaum Bani Israel (ada yang berpendapat dari kalangan Bani Kanaan (Can'an) dan Bani Filistin) yang sangat taat beragama dan juga tekun mempelajari Kitab Injil. Kedua belas sahabat baginda ini sentiasa membenarkan apa yang diajarkan baginda kepada Bani Israil meskipun Ahli Dewan Syanhadrin (ahli dewan agama Yahudi) menolaknya dan mengatakan baginda sesat. Mereka juga turut menjadi saksi Hidangan dari Langit selepas Allah memperkenankan permintaan mereka melalui doa Nabi Isa kerana mereka ingin memperkukuh keimanan mereka dan bukan atas dasar fizikal. Namun Allah memberi firman daengan mengatakan sesiapa yang ingkar atau kafir selepas turunnya hidangan ini nescaya akan dibalas-Nya dengan azab yang tidak pernah diterima sesiapapun.