ingkiKegunaan Pada masa dahulu, kain songket merupakan pakaian kaum bangsawan. Pada masa itu, songket terdapat pada kain samping, tanjak, kain sarung limar, kain sarung, kainpanjang atau kain punca potong, baju belah labuh, baju kurung, baju kebaya dan kain selendang. Kini, kain songket digunakan oleh seluruh lapisan masyarakat sebagai pakaian pengantin, pakaian penari tradisional, pakaian semasa menghadiri majlis rasmi, dan hiasan pada jubah konvokesyen universiti tempatan. Selain pakaian, kain songket juga dihasilkan sebagai kain ela.
Kain ini kemudiannya digunakan untuk membuat pelbagai jenis barang seperti sarung kusyen, beg tangan, alas meja, alas pinggan dan barang-barang untuk cenderamata seperti fail eksekutif, kotak barang kemas dan sebagainya. Ada juga songket yang ditenun khas untuk dijadikan perhiasan dinding. Songket yang dibuat begini berbentuk bunga, tumbuh-tumbuhan dan tulisan khat.