Seorang tokoh sahabat yang terbilang serta tokoh politik dan pentadbir yang cekap lagi pintar, Muawiyah secara rasminya mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah pada tahun 861 M. Tindakan yang berani ini tidaklah dibuat tanpa sebarang perhitungan, melainkan telah diduga kemungkinan kejayaannya. Sejak menjadi Gabenor di Sham lagi Muawiyah sudah mulai menegakkan asas-asas kekuasaannya, sehingga kemudiannya ia muncul sebagai pemimpin yang paling disegani oleh rakyatnya. 2. YAZID BIN MUAWIYAH (600-683)
Kata lbnu Tabatiba: “Masa pemerintahan Yazid hanya berlangsung kira-kira tiga tahun dan beberapa bulan sahaja. Dalam tahun pertama ia telah membunuh Hussein bin Ali. Dalam tahun kedua ia menyerang Madinah dan membiarkan tenteranya selama tiga hari berbuat sesuka hati terhadap penduduk di sana. Dan pada tahun ketiga ia menggempur Kaabah.”. 3. MUAWIYAH BIN YAZID (683)
Muawiyah hanya sempat memegang kerusi khalifah selama 40 hari saja kerana dia meletak jawatan. Selepas itu dia mengurung dirinya di rumah, hingga meninggal dunia tiga bulan kemudian. Dengan perletakan jawatannya, maka berakhirlah kekuasaan keturunan Abu Sufyan, dan mulailah masa Bani Umayyah yang kedua dengan kenaikan Marwan Al-Hakam bin Abul-Ass bin Umayyap sebagai khalifah.