azliaulfa
Sejarah China tercatat dalam rekod-rekod sejarah tradisional yang wujud sejak dari zaman Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja pada sekitar 5,000 tahun dahulu, dan disokong oleh rekod-rekod arkeologi yang wujud sejak abad ke-16 SM. China merupakan salah satu tamadun berterusan yang tertua di dunia. Kulit kura-kura dengan tanda-tanda yang membangkitkan kenangan tulisan Cina kuno daripada Dinasti Shang wujud pada sekitar 1500 SM, mengikut pentarikhan karbon. Peradaban Cina berasal daripada negara-negara kota di lembah Sungai Kuning. Tahun 221 SM biasanya diterima sebagai tahun ketika China disatukan di bawah sebuah kemaharajaan besar atau empayar. Dinasti-dinasti berturut-turut dalam sejarah China telah mengembangkan berbagai-bagai sistem birokrasi untuk membolehkan maharaja China menguasai wilayah yang besar. Asas-asas tamadun Cina terdiri daripada pengenaan sistem tulisan yang sama oleh maharaja Dinasti Qin pada abad ke-3 SM serta perkembangan ideologi negara berdasarkan Konfusianisme pada abad ke-2 SM. China mengalami zaman-zaman yang berselang-seli antara perpaduan dan perpecahan, dengan kekadangnya penaklukan oleh orang-orang asing. Sebilangan penakluk diasimilasi ke dalam kaum Cina. Pengaruh-pengaruh kebudayaan dan politik dari banyak bahagian di Asia membawa gelombang-gelombang penghijrahan, peluasan, dan asimilasi yang berturut-turut untuk mencipta sebuah kebudayaan Cina. Daripada pemburu-pengumpul kepada petani Apa zam hensem yang kini merupakan China dihuni oleh Homo erectus melebihi sejuta tahun dahulu. Kajian yang baru-baru ini menunjukkan bahawa alat-alat batu yang ditemui di tapak Xiaochangliang telah wujud sejak 1.36 juta tahun lagi, menurut pentarikhan magnetostratigraf. Tapak arkeologi di Xihoudu, Provinsi Shanxi merupakan rekod terawal tentang penggunaan api oleh Homo erectus dan ditetapkan tarikhnya sebagai 1.27 juta tahun dahulu. [1] Ekskavasi-ekskavasi di Yuanmou dan kemudiannya di Lantian menunjukkan penghunian awal. Spesimen Homo erectus yang termasyhur yang ditemui di China pada tahun 1923 ialah apa yang telah digelar Lelaki Peking. Dua buah bekas tembikar yang digali di Gua Liyuzui yang terletak di Liuzhou, Provinsi Guangxi masing-masing wujud sejak 16,500 SM dan 19,000 SM. [2] Bukti terawal untuk penanaman sekoi menetapkan tarikhnya pada sekitar 7000 SM. Alat-alat muzik yang boleh dimain, peringkat terawal sistem tulisan bahasa Cina (masih diperdebatkan) dan pengeluaran wain terawal di dunia telah ditemui di tapak Jiahu. Jiahu merupakan peringkat terawal kebudayaan Peiligang di kaunti Xinzheng, Henan, dan hanya 5% telah diekskavasi sehingga tahun 2006. Dengan pertanian datangnya banyak penduduk, dengan keupayaan menyimpan dan mengagih-agihkan tanaman mendukung para tukang dan pentadbir. Pada lewat zaman Neolitik, lembah Sungai Kuning mula memperkukuh kedudukannnya sebagai suatu pusat kebudayaan, dengan desa-desa pertama ditubuhkan. Desa-desa yang paling penting dari segi arkeologi ialah desa-desa yang ditemui di Banpo, Xi'an. Prasejarah Sejarah awal China dirumitkan oleh ketiadaan bahasa tuliasan pada zaman ini, serta dokumen-dokumen dari zaman-zaman kemudian yang cuba memerihalkan peristiwa-peristiwa yang berlaku berabad-abad dahulu. Dari sesetengah segi, masalah ini terdiri daripada penyelidikan-penyelidikan fikiran dan perasaan diri sendiri oleh orang-orang Cina yang mengaburkan perbezaan antara fakta dan fiksyen tentang sejarah awal mereka. Menjelang tahun 7000 SM, orang-orang Cina telah menanam sekoi yang menimbulkan kebudayaan Jiahu. Kebudayaan Yangshao kemudian digantikan dengan kebudayaan Longshan pada sekitar 2500 SM. Tapak-tapak arkeologi seperti di Sanxingdui dan Erlitou membuktikan sebuah tamadun Zaman Gangsa di China. Pisau gangsa terawal yang wujud sejak 3000 SM ditemui di Majiayao yang terletak di provinsi Gansu dan Qinhai. Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja Rencana utama: Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja Catatan Ahli Sejarah Agung, karya menyeluruh tentang sejarah China terawal, ditulis oleh Sima Qian, ahli sejarah Cina, pada abad ke-2 SM, manakala Catatan Tahunan Buluh mengesani sejarah Cina sejak dari sekitar 2800 SM dengan pemerihalannya tentang zaman Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja. Pemerintah-pemerintah ini adalah raja-raja tokoh bijaksana separa mitos serta contoh-contoh kesusilaan. Tradisi menganggap Maharaja Kuning, salah satu daripada pemerintah-pemerintah tersebut, sebagai leluhur bangsa Han.Sima Qian mengatakan bahawa sistem kerajaan pewarisan telah diasaskan semasa Dinasti Xia, dan model ini kemudian dikekalkan oleh Dinasti Shang dan Dinasti Zhou. Adalah semasa zaman Tiga Dinasti (pinyin: sāndài) ini ketika China sejarah termuncul. Sejarah kuno
0 votes Thanks 0
fredy123
. Republik China (Cina Tradisional: 中華民國; pinyin: Zhōnghuá Mínguó) menggantikan Dinasti Qing pada tahun 1912 dan dengan itu, mengakhiri 2,000 tahun pemerintahan maharaja China. Semenjak pertubuhannya, republik tersebut mengalami banyak kesusahan kerana dikuasai oleh banyak hulubalang, serta dipecah belah oleh kuasa asing. Pada tahun 1928, republik tersebut disatukan pada nama sahaja oleh Kuomintang (KMT), dan berada dalam peringkat-peringkat pengindustrian dan pemodenan yang awal ketika ia terperangkap dalam pertempuran-pertempuran antara kerajaan Kuomintang, Parti Komunis Cina, saki-baki hulubalang, dan Jepun. Kebanyakan usaha pembangunan negara dihentikan semasa Perang Penentangan terhadap Jepun antara tahun 1937 hingga 1945. Jurang antara Kuomintang dengan Parti Komunis Cina yang semakin besar kemudiannya memustahilkan sebuah kerajaan campuran, dan mengakibatkan Perang Saudara Cina bermula semula.Satu rentetan langkah salah politik, ekonomi, dan ketenteraan mengakibatkan Kuomintang ditewaskan dan diundurkan ke Taiwan pada tahun 1949. Di Taiwan, Kuomintang mengasaskan sebuah negara parti tunggal autoritarian yang mengisytiharkan diri sebagai pemerintah tunggal yang sah terhadap seluruh China. Bagaimanapun, sejak pembebasan politik bermula pada akhir dekad 1970-an, Republik China telah mengubah diri menjadi sebuah demokrasi perwakilan setempat yang berbilang parti. Zaman Republik China bermula dengan pencetusan pemberontakan pada 10 Oktober 1911 di Wuchang, ibu kota Provinsi Hubei, oleh unit-unit tentera dimodenkan yang tidak puas hati dan yang kedapatan berkomplot untuk menentang Qing. Pemberontakan ini yang kemudian dikenali sebagai Pemberontakan Wuchang diraikan sebagai Hari Kesepuluh Kembar di Taiwan. Ia didahului oleh banyak pemberontakan dan bantahan terancang yang terbantut di dalam China. Pemberontakan Wuchang merebak dengan cepatnya ke kota-kota yang berjiran, dan ahli-ahli Tongmenghui di seluruh negara bangkit untuk memberikan bantuan kepada tentera revolusi Wuchang. Pada 12 Oktober, tentera revolusi berjaya untuk menawan Hankou dan Hanyang.
Daripada pemburu-pengumpul kepada petani Apa zam hensem yang kini merupakan China dihuni oleh Homo erectus melebihi sejuta tahun dahulu. Kajian yang baru-baru ini menunjukkan bahawa alat-alat batu yang ditemui di tapak Xiaochangliang telah wujud sejak 1.36 juta tahun lagi, menurut pentarikhan magnetostratigraf. Tapak arkeologi di Xihoudu, Provinsi Shanxi merupakan rekod terawal tentang penggunaan api oleh Homo erectus dan ditetapkan tarikhnya sebagai 1.27 juta tahun dahulu. [1] Ekskavasi-ekskavasi di Yuanmou dan kemudiannya di Lantian menunjukkan penghunian awal. Spesimen Homo erectus yang termasyhur yang ditemui di China pada tahun 1923 ialah apa yang telah digelar Lelaki Peking. Dua buah bekas tembikar yang digali di Gua Liyuzui yang terletak di Liuzhou, Provinsi Guangxi masing-masing wujud sejak 16,500 SM dan 19,000 SM. [2] Bukti terawal untuk penanaman sekoi menetapkan tarikhnya pada sekitar 7000 SM. Alat-alat muzik yang boleh dimain, peringkat terawal sistem tulisan bahasa Cina (masih diperdebatkan) dan pengeluaran wain terawal di dunia telah ditemui di tapak Jiahu. Jiahu merupakan peringkat terawal kebudayaan Peiligang di kaunti Xinzheng, Henan, dan hanya 5% telah diekskavasi sehingga tahun 2006. Dengan pertanian datangnya banyak penduduk, dengan keupayaan menyimpan dan mengagih-agihkan tanaman mendukung para tukang dan pentadbir. Pada lewat zaman Neolitik, lembah Sungai Kuning mula memperkukuh kedudukannnya sebagai suatu pusat kebudayaan, dengan desa-desa pertama ditubuhkan. Desa-desa yang paling penting dari segi arkeologi ialah desa-desa yang ditemui di Banpo, Xi'an. Prasejarah Sejarah awal China dirumitkan oleh ketiadaan bahasa tuliasan pada zaman ini, serta dokumen-dokumen dari zaman-zaman kemudian yang cuba memerihalkan peristiwa-peristiwa yang berlaku berabad-abad dahulu. Dari sesetengah segi, masalah ini terdiri daripada penyelidikan-penyelidikan fikiran dan perasaan diri sendiri oleh orang-orang Cina yang mengaburkan perbezaan antara fakta dan fiksyen tentang sejarah awal mereka. Menjelang tahun 7000 SM, orang-orang Cina telah menanam sekoi yang menimbulkan kebudayaan Jiahu. Kebudayaan Yangshao kemudian digantikan dengan kebudayaan Longshan pada sekitar 2500 SM. Tapak-tapak arkeologi seperti di Sanxingdui dan Erlitou membuktikan sebuah tamadun Zaman Gangsa di China. Pisau gangsa terawal yang wujud sejak 3000 SM ditemui di Majiayao yang terletak di provinsi Gansu dan Qinhai. Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja Rencana utama: Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja Catatan Ahli Sejarah Agung, karya menyeluruh tentang sejarah China terawal, ditulis oleh Sima Qian, ahli sejarah Cina, pada abad ke-2 SM, manakala Catatan Tahunan Buluh mengesani sejarah Cina sejak dari sekitar 2800 SM dengan pemerihalannya tentang zaman Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja. Pemerintah-pemerintah ini adalah raja-raja tokoh bijaksana separa mitos serta contoh-contoh kesusilaan. Tradisi menganggap Maharaja Kuning, salah satu daripada pemerintah-pemerintah tersebut, sebagai leluhur bangsa Han.Sima Qian mengatakan bahawa sistem kerajaan pewarisan telah diasaskan semasa Dinasti Xia, dan model ini kemudian dikekalkan oleh Dinasti Shang dan Dinasti Zhou. Adalah semasa zaman Tiga Dinasti (pinyin: sāndài) ini ketika China sejarah termuncul. Sejarah kuno
Republik China (Cina Tradisional: 中華民國; pinyin: Zhōnghuá Mínguó) menggantikan Dinasti Qing pada tahun 1912 dan dengan itu, mengakhiri 2,000 tahun pemerintahan maharaja China. Semenjak pertubuhannya, republik tersebut mengalami banyak kesusahan kerana dikuasai oleh banyak hulubalang, serta dipecah belah oleh kuasa asing. Pada tahun 1928, republik tersebut disatukan pada nama sahaja oleh Kuomintang (KMT), dan berada dalam peringkat-peringkat pengindustrian dan pemodenan yang awal ketika ia terperangkap dalam pertempuran-pertempuran antara kerajaan Kuomintang, Parti Komunis Cina, saki-baki hulubalang, dan Jepun. Kebanyakan usaha pembangunan negara dihentikan semasa Perang Penentangan terhadap Jepun antara tahun 1937 hingga 1945. Jurang antara Kuomintang dengan Parti Komunis Cina yang semakin besar kemudiannya memustahilkan sebuah kerajaan campuran, dan mengakibatkan Perang Saudara Cina bermula semula.Satu rentetan langkah salah politik, ekonomi, dan ketenteraan mengakibatkan Kuomintang ditewaskan dan diundurkan ke Taiwan pada tahun 1949. Di Taiwan, Kuomintang mengasaskan sebuah negara parti tunggal autoritarian yang mengisytiharkan diri sebagai pemerintah tunggal yang sah terhadap seluruh China. Bagaimanapun, sejak pembebasan politik bermula pada akhir dekad 1970-an, Republik China telah mengubah diri menjadi sebuah demokrasi perwakilan setempat yang berbilang parti.
Zaman Republik China bermula dengan pencetusan pemberontakan pada 10 Oktober 1911 di Wuchang, ibu kota Provinsi Hubei, oleh unit-unit tentera dimodenkan yang tidak puas hati dan yang kedapatan berkomplot untuk menentang Qing. Pemberontakan ini yang kemudian dikenali sebagai Pemberontakan Wuchang diraikan sebagai Hari Kesepuluh Kembar di Taiwan. Ia didahului oleh banyak pemberontakan dan bantahan terancang yang terbantut di dalam China. Pemberontakan Wuchang merebak dengan cepatnya ke kota-kota yang berjiran, dan ahli-ahli Tongmenghui di seluruh negara bangkit untuk memberikan bantuan kepada tentera revolusi Wuchang. Pada 12 Oktober, tentera revolusi berjaya untuk menawan Hankou dan Hanyang.